Wednesday, March 28, 2018

[Sharing] Keluang Man poster - hajat dah tercapai

Salam, masih ingat lagi komik & animasi tahun 90an iaitu keluang man pada tahun 1997 cite kartun superhero malaysia.

Hari ni aku saja nak kongsi sikit kegembiraan aku..dulu, pada tahun 1999 di Taman Tasik Titiwangsa aku pernah beli poster, button badge dan komik vol3&4 keluang man.

Selepas balik je rumah terus aku cakap kat mak aku yg aku nak frame poster keluang man ni..tapi mak aku kate mahal sebab frame kaca..mungkin rm ratus2 cam tu hahaha...so bile dengar camtu terus tak jadi nak buat.

Aku pon tanye la mak aku ade frame yang x pakai ke? Mak aku tak pasti, aku pon cari la yang dlm store mane tahu ade, then tada...ade 1, aku ambik selotip, then selotip kat poster keluang man dengan frame tu, kirenye poster keluang man duduk kat atas la...

Siang berganti malam, malam berganti siang (selama 20 tahun).....

Pada masa yang sama aku ade ternampak kedai membuat bingkai dekat dengan klinik ibu dan anak(kkia) semasa aku hantar anak aku untuk cucuk setiap bulan.

Akhir nye pada bulan lepas, aku ade masa sikit, terus aku pegi kedai tu, then tanye harga dia bape utk poster camni..

Tuan kedai: rm 25 je...
Aku: wow. Ok terus buat
Tuan kedai: siap dlm 3 hari
Aku: ok, pakcik jaga baik baik ye..poster ni dah 20 tahun.
Tuan kedai: dah boleh letak muzium dah ni, kertas pun dah keras macam batu.
Aku: Letak kat muzium...boleh je kalau orang muzium negara nak poster keluang man ni, tapi kene bagi saya komisyen la sikit...keras tu sbb kene cahaya matahari setiap hari pakcik...
Tuan kedai: haha ok ini resit, call dlm masa 3 hari.
Aku: terima kasih pakcik.

Ni dia bila dah siap, tak silap aku poster ni adalah keluaran awal cover buku keluang man vol 1, button badge pun tahun 1999 jugak..







So akhir kate ade org nak beli ke poster yg telah diframekan ni? Hehe...aku pon x tahu nak jual ke tak...kalau jual kompem la Rm 250 keatas...kalo sewa Rm50/sebulan, Rm10/ hari..

Contact 0132013180

No comments:

Post a Comment