Thursday, April 26, 2018

Majalah dan komik kartun A.L.O.N.G 1996-2002



Perhatian: entry ini panjang, selamat membaca

Assalamualaikum,

Hari ni aku nak cite sikit kenangan tahun 90an. Ingat lagi tak dengan rancangan kartun di TV1 setiap sabtu jam 7.30 malam iaitu A.L.O.N.G along, A.L.O.N.G along.

Ramai yang tahu orang yang pakai custom ALONG tue adalah beto kusyairy tetapi
ramai yang tidak tau bahawa dari rancangan Along tue... diterbitkan majalah dan komik.

Aku layan majalah dan komik along ni sebab bagi aku dia macam doraemon Malaysia tapi tak ada poket untuk keluarkan barang. Dia menggunakan ilmu sains dan teknologi untuk mencipta sesuatu yang Amin(nobita kalau dlm doraemon) mahukan, setiap kali dibuli oleh bad(giant kalau dlm doraemon), seriously majalah dan komik Along banyak membantu aku dengan ilmu pengetahuan am waktu sekolah dulu(walaupon dulu aku malas belajar) dan banyak tauladan/iktibar yang boleh dipelajari, dengan teknologi sains menjadikan aku seronok membaca komik dan majalah along ni.

ALONG ni sebenarnya mempunyai pecahan cerita yang bermula dari 'Majalah' kemudian 'kartun' seterusnya 'G2000'(komik adventure), 'Media' kemudian 'rakan' seterusnya 'Dunia Zuro' dan 'terbitan khas'. Senang cite sila lihat gambar dibawah:



Semua terbitan ini diterbitkan oleh Chien Ling Enterprise(bil.1-6) kemudian Rampai Semasa (M) SDN BHD dengan kerjasama Setiabakat tulen SDN. BHD. Dan disokong oleh Pemodalan Nasional Berhad(PNB)

Selepas beberapa tahun penerbitan oleh rampai semasa sdn bhd, tiba-tiba hak cipta majalah along telah bertukar tangan kepada syarikat TCKL Corporation Sdn Bhd dengan kerjasama Setiabakat tulen SDN. BHD.

Jadi ALONG ini ada 3 penerbit berlainan.

Semua komik ALONG ni ayah aku yang belikan semasa umur aku dalam 9-11 tahun (Mei 97'-99'), Majalah ALONG yang pertama yang ayah aku belikan adalah MAJALAH ALONG No.8, so nak jadikan cerita majalah along No.8 aku kena rampas oleh ustazah sekolah agama sebab aku bawak then bagi kawan aku baca(kawan aku tu memang punca la..dah kahwin dah dia skrang haha), tapi alhamdullilah aku dapat beli balik Majalah Along No.8 tu hehe(sila lihat senarai kat bawah).

Masa tue majalah/komik ni mahal iaitu Rm3.50-Rm4.30(boleh mkn tgh hari lauk heaven). So aku pun rasa bersalah la jugak sbb mahal sangat komik ni, jadi aku pon mintak ayah aku beli tak ikut bilangan pengeluaran, sebab tu ade bilangan yang 'loose'. Bila dah besar skrang ni aku nak cari balik bilangan yang loose ni, rupenye sangat-sangat la susah nak cari, sebab tak ramai yang beli komik ni rupenya.

Jadi kepada sesiapa di luar sana yang ingin menjual komik/majalah ALONG tu, mohon DM/PM saya yea.

Majalah Along
Kartun Along
Komik Along G2000

Bil./No.
Bil./No.
Bil./No.
bulan keluaran
1


Oct-96
2


Nov-96
3


Dec-96
4


Jan-97
5


Feb-97
6


Mar-97
7
1(Versi Lama)

Apr-97
8
2(Versi Lama)

May-97
9
3(Versi Lama)

Jun-97
10
4(Versi Lama)

Jul-97
11
5(Versi Lama)

Aug-97
12
6(Versi Lama)

Sep-97
13
7(Versi Lama)

Oct-97
14
8(Versi Lama)

Nov-97
15
9(Versi Lama)

Dec-97
16
10(Versi Lama)

Jan-98
17
11(Versi Lama)

Feb-98
18
12(Versi Lama)

Mar-98
19
13(Versi Lama)

Apr-98
20
14(Versi Lama)

May-98
21
15(Versi Lama)

Jun-98
22
16(Versi Lama)

Jul-98
23
17(Versi Lama)

Aug-98
24
18(Versi Lama)

Sep-98
25


Oct-98
26


Nov-98
27

1(Bil. 19 Kartun Along Lama)
Dec-98
28

2(Bil. 20 Kartun Along Lama)
Jan-99
29

3(Bil. 21 Kartun Along Lama)
Feb-99
30

4(Bil. 22 Kartun Along Lama)
Mar-99
31

5(Bil. 23 Kartun Along Lama)
Apr-99
32


May-99
33


Jun-99
34


Jul-99
35


Aug-99
36


Sep-99
37


Oct-99
38


Nov-99
39


Dec-99
40


Jan-00
41


Feb-00
42


Mar-00
43


Apr-00
44


May-00
45


Jun-00
46


Jul-00
47


Aug-00
48
1 (Versi Baru)

Sep-00
49
2 (Versi Baru)

Oct-00
50
3 (Versi Baru)

Nov-00
51
4 (Versi Baru)

Dec-00
52
5 (Versi Baru)

Jan-01
53
6 (Versi Baru)

Feb-01
54
7 (Versi Baru)

Mar-01
55
8 (Versi Baru)

Apr-01
56
9 (Versi Baru)

May-01
57
10 (Versi Baru)

Jun-01
58
11 (Versi Baru)

Jul-01
59
12 (Versi Baru)

Aug-01
60
13 (Versi Baru)

Sep-01
61
14 (Versi Baru)

Oct-01
62
15 (Versi Baru)

Nov-01
63
16 (Versi Baru)

Dec-01
64
17 (Versi Baru)

Jan-02
65


Feb-02
66


Mar-02
67


Apr-02
68


May-02
69


Jun-02
70


Jul-02
71


Aug-02
72 (Terakhir di pasaran)


Sep-02
73


Oct-02
74


Nov-02
75


Dec-02
76


Jan-03
77


Feb-03
78


Mac-03

Update info
: syarikat pernerbitan along yang terakhir adalah pada MAC 2003- rujuk pada gambar dunia zuro keluaran ke-3
Updated info  : Majalah Along yang terakhir adalah bilangan ke-72 iaitu pada September 2002 (keluarannya bersama-sama dengan komik Buletin Along bil. 1, rujuk buletin Along)

KOLEKSI RARE ALONG:-
Majalah/Komik #1, TABUNG, POSTER, FRAME DOODLE, KAD RAYA, SAMPUL RAYA & KALENDAR






 
 




Senarai Majalah ALONG

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

  


Bilangan yang aku cari dalam Majalah ALONG: bil.2-3, 5, 12, 14-16, 18, 22, 24-25, 37-39,
41-56, 58, 60-72



Senarai KARTUN ALONG

Kartun along ade 4 cerita dalam satu komik, menarik dibaca dan banyak ilmu pengetahuan.

Terdapat 2(DUA) Versi Kartun ALONG ini:-

1. Versi Lama ciri-ciri nya:-
i) Tulisan kartun besar dan tulisan ALONG kecil (kecuali bagi bilangan 1-3)
ii) Bilangan 4-15 saiz buku nya kecil(A5)

2. Versi Baru ciri-ciri nya:-
i) Tulisan kartun kecil dan tulisan ALONG besar
ii) Saiz buku dari bilangan 9-17 (A4)


VERSI LAMA

 

 

 




----------------------------------------------------------------------------


Perasan tak bilangan 4 bile beli tak ada warna, tapi dalam iklan ada warna. Orang panggil ALONG edisi Black (error printed)

Bilangan yang aku cari dalam kartun ALONG LAMA:- bil.3, bil.8-9, bil.11-18.



VERSI BARU






Warna biru tu aku rasa bilangan 16.

Bilangan yang aku cari dalam kartun ALONG BARU:- bil.1-8, bil.10, bil.13-17.


Senarai ALONG G2000

Komik ni yang paling aku suka, sebuah komik adventure yang lain dari yang lain..dah macam komik boboiboy galaxy tapi tahun 1999. Sampai sekarang aku tunggu episode 6 Along G2000 ni.

untuk pengetahuan semua Komik ALONG G2000 ini adalah sambungan daripada KARTUN ALONG LAMA iaitu bilangan ke 19 (Bil.1 Along G2000). Along G2000 di berikan nafas baru dalam bentuk penceritaan yang panjang dan bersiri.

Bilangan 6 (balik kampung) yang di tunggu-tunggu dan di cari - cari sampai sekarang.
(sape ada tolong jual kat aku)
Ketua pengarang : Ayong
Artis grafik : achiau dan atze




Bilangan yang aku cari dalam ALONG G2000: bil.6 ke atas



Nah gambar special dari komik ALONG G2000.. cantik x?

Senarai Terbitan Khas ALONG

Komik terbitan khas Along adalah, komik yang menggunakan 6 kotak dengan pelbagai lawak jenaka dan tauladan





Yang aku cari dalam terbitan khas ALONG: Tiga gambar terakhir iaitu ALONG RIA

Senarai Jilid ALONG(cerita-cerita yang dikumpulkan)




Senarai MEDIA ALONG


 


Bilangan yang aku cari dalam Media ALONG: bil.1-3

Senarai RAKAN ALONG

Bilangan yang aku cari dalam Rakan ALONG: bil.1 keatas


Senarai DUNIA ZURO (Pecahan majalah ALONG)

Dunia zuro adalah pecahan kepada majalah along. watak tikus yang selalu mengganggu along dan rakan rakan. Rakan rakan zuro seperti zipi, zozo dan lain lain, tetapi didalam komik dunia zuro watak Along tiada, hanya kawan kawan zuro sahaja yang ada bersama gulilla

Bilangan yang aku cari dalam Dunia Zuro: bil.2-3

Senarai Buletin ALONG


Buletin ALONG Bil.1 = September 2002

EDITORIAL MAJALAH & KARTUN ALONG

Terima kasih kepada semua editorial Majalah, Kartun, dan G2000 ALONG. Dia orang ini yang menceriakan zaman kanak-kanak aku dulu rupenya.

4 orang dibawah ini orang kuat Majalah Along rasa nya

 

 

 
 



**Off topic sikit**

Waktu awal kemunculan zuro, wah dah macam tiru sikit komik hong kong/manhua Pendekar Laut hehe tak tau la aku pelukis dia minat komik hong kong kot sebab ada "belang tarung merah" kat kepala zuro.

Artis grafik bagi kartun & majalah ALONG ialah:-
1. Atze
2. Achiau
3. Akin

Update:-selepas tau editor majalah along ni
Patut la ade unsur-unsur manhua sikit hehe

Itu sahaja yang dapat aku kongsikan koleksi-koleksi peribadi aku dan koleksi peribadi orang lain(yang diberi kredit pada gambar).

Aku berharap sangat ada orang lain boleh jual majalah/komik ALONG kepada aku.

Sekian terima kasih kerana membaca.


2 comments: