Wednesday, March 28, 2018

[Sharing] Keluang Man poster - hajat dah tercapai

Salam, masih ingat lagi komik & animasi tahun 90an iaitu keluang man pada tahun 1997 cite kartun superhero malaysia.

Hari ni aku saja nak kongsi sikit kegembiraan aku..dulu, pada tahun 1999 di Taman Tasik Titiwangsa aku pernah beli poster, button badge dan komik vol3&4 keluang man.

Selepas balik je rumah terus aku cakap kat mak aku yg aku nak frame poster keluang man ni..tapi mak aku kate mahal sebab frame kaca..mungkin rm ratus2 cam tu hahaha...so bile dengar camtu terus tak jadi nak buat.

Aku pon tanye la mak aku ade frame yang x pakai ke? Mak aku tak pasti, aku pon cari la yang dlm store mane tahu ade, then tada...ade 1, aku ambik selotip, then selotip kat poster keluang man dengan frame tu, kirenye poster keluang man duduk kat atas la...

Siang berganti malam, malam berganti siang (selama 20 tahun).....

Pada masa yang sama aku ade ternampak kedai membuat bingkai dekat dengan klinik ibu dan anak(kkia) semasa aku hantar anak aku untuk cucuk setiap bulan.

Akhir nye pada bulan lepas, aku ade masa sikit, terus aku pegi kedai tu, then tanye harga dia bape utk poster camni..

Tuan kedai: rm 25 je...
Aku: wow. Ok terus buat
Tuan kedai: siap dlm 3 hari
Aku: ok, pakcik jaga baik baik ye..poster ni dah 20 tahun.
Tuan kedai: dah boleh letak muzium dah ni, kertas pun dah keras macam batu.
Aku: Letak kat muzium...boleh je kalau orang muzium negara nak poster keluang man ni, tapi kene bagi saya komisyen la sikit...keras tu sbb kene cahaya matahari setiap hari pakcik...
Tuan kedai: haha ok ini resit, call dlm masa 3 hari.
Aku: terima kasih pakcik.

Ni dia bila dah siap, tak silap aku poster ni adalah keluaran awal cover buku keluang man vol 1, button badge pun tahun 1999 jugak..







So akhir kate ade org nak beli ke poster yg telah diframekan ni? Hehe...aku pon x tahu nak jual ke tak...kalau jual kompem la Rm 250 keatas...kalo sewa Rm50/sebulan, Rm10/ hari..

Contact 0132013180

Tuesday, March 13, 2018

[REVIEW] Komik Keluarga Bakhil (Malaysia)

KELUARGA BAKHIL(Malaysia) - KELUARGA SUPER IRITS(Indonesia) - 빈대 가족의(Korea)



Komik keluarga bakhil adalah komik keluaran negara korea yang di alih bahasa ke bahasa Malaysia...komik pengetahuan tentang kewangan. Mula2 aku baca terus terpikat sebab jalan cite dia menarik, kelakar dan banyak ilmu boleh dimanfaatkan tentang pengurusan kewangan....
Komik ni juga mengajar kite tentang kehidupan seharian dalam berbelanja secara berjimat(tapi jangan sampai kedekut sangat yea😂).


Komik ni setiap muka surat berwarna dan sesuai untuk semua peringkat umur, pengunaan bahasa yang baik di dalam komik ni(tiada bahasa rojak)
Di Malaysia komik siri ni sampai bil.9 je...dan special edition ade 4 je.
Di Indonesia komik siri ni dah sampai bil.30, dan special edition ade 5 buah komik.
Yang special edition banyak dah habis kat Malaysia...yang siri 1-9 masih ada lagi..harga sebuah komik ni antara (Rm12.90(bil6-9) - Rm14.90(bil1-5)).

Tak sabar pulak tunggu keluaran seterusnya






senarai komik keluarga bakhil :-

(campuran negara - Indonesia dan Korea)

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 



Special Edition (kembara/keliling dunia)(1-8) :- korea-Malaysia-Indonesia

1. Afrika
2. Inggeris/London
3. Amazon
4. Tiongkok/China
5. Hollywood/USA
6. Antartika/Antarctica
7. Asia
8. France

 










😀