Saturday, September 27, 2014

(manage your expenses) Mengawal perbelanjaan semasa hujung minggu (part 2)

wow dah dekat 9 bulan aku tak update blog nie huhu~ sorry aku sgt busy body hehe.

ok untuk membaca mengawal perbelanjaan(manage your expenses part 1) klik SINI

Anda ada keluarga? tak tau nak berjalan hujung minggu kemana? semua tempat mahal utk tiket kemasukan? tempat x best?

Pada 21 September 2014 iaitu pada hari ahad yang lalu, aku telah buat sesuatu benda yang tak di rancang iaitu aku ajak mak,ayah, 2 org kakak ipar + abg + 2 org anak buah aku pergi melawat  ke PUSAT SAINS NEGARA.

macam mana boleh terfikir nak pergi sana?
sewaktu aku makan pagi di kedai mamak, tak tau la tibe2 terlintas perkataan sains di kepala haha.
tup-tup dengan spontan nye aku cakap kat mak, ayah aku "jom pergi pusat sains negara" ayah aku cakap ok gak bawak 2 org budak kecik tue sekali.

* lagipun aku dah lama tak pergi ke sana, so nak tegok gak la ape yang baru, kali terakhir aku pergi        ke sana pada tahun 2003, itu pun trip dengan sekolah menengah seksyen 5 wangsa maju.

WAKTU BEROPERASI
Sabtu hingga Khamis (9:00 pagi – 5:00 petang).
Tutup pada hari Jumaat.
BAYARAN MASUK KE PUSAT SAINS NEGARA

Kategori
Harga (RM)
Dewasa
6.00
Kanak-kanak (6-12 tahun) dan Warga Emas (55 tahun keatas)
3.00
* Kumpulan Murid Sekolah Rendah (termasuk Guru)
2.00
* Kumpulan Murid Sekolah Menengah (termasuk Guru)
3.00
* Kumpulan Dewasa (minima 10 orang)
5.00


mak,ayah(warga emas) = RM6
2 org anak buah = free (bawah 5 tahun)
aku, 2 orag kakak ipar + abg = RM 24

Total 8 org = RM 30


banyak tempat yang menarik di dalam pusat sains tue...yang paling best kat dalam tue ade cermin ajaib dengan laluan rahsia sangat mengagumkan dan seronok kalau masuk beramai-ramai. cth lain pertunjukan ular, aquarium besar, taman permainan yang besar, penyiasatan forensics, alatan musik dan banyak lagi yang mengagumkan anda jika datang ke pusat sains.

 
 


jika anda duduk dalam ni 3 jam tue rase nye tak cukup kot haha
lepas penat berjalan kat dalam tue kiteorang keluar beli ais cream, makan burger dan makan petang(pukul 3ptg)

Ice-Cream = RM12 (5 icecream)
burger = RM 10 (4 biji) (satu Rm 2.50)
makan petang(Nasi berlauk) = Rm 25(5 pinggan)

Total = RM 47
* surau dan tandas semua ada di dalam.


 

lepas tegok-tegok kat dalam tue, kiteorg pergi tegok pulak kat luar, macam-macam ada kat luar tue, swimming pool,taman rama-rama, kebun bunga dan banyak lagi, cuma yang kiteorg tak dapat pergi taman dinosour sbb tak tau tempat dia, lagi pun dah jam 5 petang + dah hujan

jadi jumlah keseluruhan pada hari tue (10 pagi - 5 petang)
RM 77 (untuk 8 orang)

sangat la murah~ untuk 8 orang tau siap makan lagi.
* sewaktu anda balik pasti akan terasa puas, sebab kat situ tempat nye sangat la besar.

Mari lihat anggaran bagi anda yang berkeluarga:-

jika anda pasangan kekasih atau mempunyai 2 org atau seorang anak lagi murah rasa nya.

Perbelanjaan bagi 2 org pasangan kekasih:-

Tiket = RM 12 (utk2 org)
makanan = Rm10

jumlah keseluruhan RM 22 sahaja


Perbelanjaan bagi 2 orang suami isteri dan 2 org anak bawah 6 tahun:-

Tiket = RM 12 (utk2 org)
kanak kanak bawah 6 tahun FREE
makanan = Rm15

jumlah keseluruhan RM 27 sahaja


Perbelanjaan bagi 2 orang suami isteri dan 2 org anak lebih 6 tahun:-

Tiket = RM 12 (utk2 org)
kanak-kanak 6 thn keatas = RM 6 (RM 3 seorang)
makanan = Rm 20

jumlah keseluruhan RM 38 sahaja


ok tue sahaja yang saya dapat tuliskan di dalam blog nie tentang mengawal perbelanjaan anda di hujung minggu.

Akhir kata dari saya sambil berjimat sambil la berseronok~
hidup pasti gembira. =D

No comments:

Post a Comment